CAKRA JANTUNG
Cakra Jantung terbahagi kepada dua iaitu :Cakra Jantung Depan dan Cakra Jantung Belakang. Cakra Jantung Depan terletak bahagian tengah dada. Tugasnya mengendalikan dan memberikan tenaga kepada jantung, kelenjar dan sistem peredaran darah. Gangguan fungsi Cakra Jantung Depan akan menyebabkan penyakit jantung dan masalah peredaran darah. Gangguan Cakra Solar Plexus juga menyebabkan Cakra Jantung Depan dan jantung fizikal terganggu fungsinya. Cakra Jantung Depan berhubung erat dengan Cakra Solar Plexus Depan melalui beberapa saluran bioplasmik yang besar dan sehingga batas tertentu juga diberi tenaga oleh Cakra Solar Plexus Depan. Pesakit dengan penyakit jantung biasanya mengalami gangguan fungsi Cakra Solar Plexus Depan.
Cakra Jantung Belakang terletak di bahagian belakang jantung. Ia mengendalikan dan memberikan tenaga kepada paru-paru dan pada tingkatan yang lebih rendah juga mengendalikan dan memberikan tenaga kepada jantung dan kelenjar. Gangguan fungsi Cakra Jantung Belakang akan bermanifestasi sebagai penyakit paru-paru dan asma, batuk kering dan lain-lain. Pemberian tenaga kepada jantung dilakukan melalui Cakra Jantung Belakang. Pemberian prana kepada Cakra Jantung Depan dengan segera akan memberikan tenaga kepada jantung fizikal. Namun tenaga/prana tersebut cenderung akan berkumpul atau tidak menyebar dengan mudah ke bahagian tubuh yang lain. Hal ini menyebabkan sekatan prana/ lebihan prana yang serius. Kerana itu, tidak digalakkan memberikan tenaga dengan kuat kepada Cakra Jantung Depan untuk jangka waktu yang lama. Sepatutnya pemberian tenaga dilakukan melalui Cakra Jantung Belakang yang tidak memiliki pengaruh setempat terhadap jantung fizikal. Lebihan prana dengan mudah dapat mengalir ke paru-paru dan bahagian tubuh lainnya. Seluruh tubuh mendapat tenaga melalui Cakra Jantung Belakang.
CAKRA MAHKOTA
Cakra ini terletak di pusat. Tugasnya mengendalikan dan memberikan tenaga kepada usus kecil, usus besar dan usus buntu. Cakra ini memepengaruhi keperluan selera umum seseorang. Gangguan Cakra Pusat bermanifestasi kepada penyakit sembelit, radang usus buntu, kesulitan melahirkan anak, keperluan selera rendah dan penyakit lain berhubung dengan penyakit usus.
Tenaga prana yang dihasilkan oleh Cakra Pusat ini antara lain adalah prana udara, prana bumi, prana merah dan beberapa jenis prana yang lain. Tugas Cakra Pusat mempengaruhi seseorang untuk menarik masuk dan mengagihkan prana. Selama situasi cuaca buruk, jumlah prana udara sangat sedikit. Individu dengan Cakra Pusat yang kurang aktivitinya akan mempunyai kesulitan lebih besar dalam menarik prana udara kerana mereka cenderung merasa lelah, penat ataupun murung daripada manusia biasa.
SUMBER : www.dainie.com/
4 komentar:
mksh bnyak info"a..
mhn tmbhn info"a . bguna bget!!
saya mau kan cakra tubuh saya normal dan berkeadaan baik selalu..apa yg harus sy buat
Artikelnya menarik.
Saya ingin sekali belajar untuk mebangkitkan cakra, kira-kira caranya bagaimana ya…???
terima kasih atas infonya,
kalau cara membuka seluruh cakra dalam tubuh bagaimana ?
Posting Komentar